Cawangan yang diketuai oleh Timbalan Pengetua (Pembangunan Pelajar), Tn. Hj. Mohammad Marzuki bin Hashim, bertanggungjawab dalam mentadbir dan menguruskan kesemua program yang berkaitan kebudayaan sosial, program motivasi, kebajikan dan keselamatan para pelajar. Lebih khususnya tanggungjawab cawangan ini berkisar kepada disiplin pelajar dan peraturan maktab. Berikut di bawah adalah di antara jawatankuasa di bawah seliaan cawangan ini : 

Jawatankuasa Pengurusan Asrama
Jawatankuasa Kaunseling, Kerjaya dan Motivasi
Jawatankuasa Penguatkuasaan dan Peraturan Maktab (JPPM)
Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM)
Jawatankuasa Disiplin dan Rayuan Maktab (JDRM)
Jawatankuasa Homeroom
Jawatankuasa Amal Islami
Jawatankuasa Penasihat Badan Modal Insan

  

 _______________________________________________________________________________________