VISI MRSM Kepala Batas

Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.

 

MISI MRSM Kepala Batas

Menyediakan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam semua bidang terutamanya bidang sains dan teknologi.

 

OBJEKTIF OPERASI MRSM Kepala Batas 

Memperolehi GPS di bawah 2.0 bagi peperiksaan SPM dan GPS 1.0 bagi peperiksaan PT3.

Sekurang-kurangnya 70% daripada pelajar tingkatan 5 dan 80% daripada pelajar tingkatan 3 mendapat TPNG melebihi 3.0 pada akhir pengajian tingkatan 3 dan tingkatan 5. 

Semua pelajar yang menamatkan persekolahan di tingkatan 3 dan 5 layak menerima Sijil Graduasi MRSM. 

Mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sama ada daripada aspek pertuturan mahupun penulisan. 

Sekurang-kurangnya 5% pelajar yang mengambil bahagian dalam apa-apa pertandingan, boleh menyertai pertandingan-pertandingan di peringkat antarabangsa. 

Mencapai sifar kes disiplin.

 

MOTO

"Nurturing Golden Generation"

 

PIAGAM PELANGGAN

 1. 

Mewujudkan budaya kerja cemerlang berpandukan kepada Kod Etika MARA (KEM), Pelan Integriti MARA (PIM) dan Kod Etika Perkhidmatan Guru.

 2.  Memberikan perkhidmatan yang berkualiti, mesra dan cekap kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan pihak maktab.
 3.  Melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersistematik, terancang dan efisien dalam memacu kecemerlangan pelajar.
 4.  Melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif untuk merekacipta teknologi terkini serta meminati bidang keusahawanan dalam tempoh lima tahun pengajian.
 5.  Memastikan setiap pelajar mengikuti Program Ulul Albab yang bercirikan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik sebagai asas melahirkan pelajar berlatarbelakangkan Sains dan Tahfiz al-Quran.
 6.  Mengoptimumkan penggunaan prasarana dan peralatan dalam aktiviti Kokurikulum pelajar.
 7.  Menyediakan penginapan yang selesa, selamat dan kondusif untuk pelajar menjalani kehidupan seharian di asrama.
 8.  Mewujudkan permuafakatan yang jitu dengan pelbagai agensi dan komuniti sekitar.